Hanya EPF sumber kewangan selepas bersara?
Perlukah perancangan kewangan selepas persaraan?
Persoalan ini sentiasa akan bermain di dalam fikiran kita yang hanya berkerja “MAKAN GAJI“, Kemanakah
kita selepas persaraan ? Macamana dengan sara hidup pasca persaraan ?
Adakah wang EPF kita cukup untuk persaraan kita nanti?
Sekiranya anda adalah pencarum KWSP, anda sebenarnya boleh memanfaatkan
Skim Pelaburan Ahli KWSP yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia. Ini
kerana, akaun KWSP adalah suatu akaun simpanan, dan sudah tentu ia tidak
dapat memberikan pulangan yang tinggi. Dengan adanya skim ini, pencarum
boleh mengeluarkan sebahagian simpanan mereka untuk dilaburkan ke dalam
pelaburan unit amanah yang diluluskan.
En. Ooi Kok Hwa, seorang kolumnis akhbar The Star, pernah menulis sebuah artikel menarik mengenai perancangan persaraan menggunakan simpanan KWSP .
Beliau merupakan seorang perunding kewangan profesional di Malaysia.
Fikirkan masa hadapan kita…adakah kita boleh survive dengan apa yang kita ada sekarang?
No comments:
Post a Comment